Monday, 14 May 2012

TUNKU AZIZ KELUAR DARIPADA DAP???

salam kepada semua pembaca, ini adalah berita apa yang baru saja saya dengar petang tadi...




Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti. Keputusannya itu yang diumumkan malam ini, adalah satu tamparan besar terhadap DAP ketika parti itu membuat persediaan untuk pilihan raya umum yang ramai meramalkan mungkin diadakan seawal bulan depan. Beliau bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sepertimana khabar angin yang menyebut beliau akan menyertai Umno.

Tunku Abdul Aziz sebelum ini tidak bersetuju dengan pendirian parti itu menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 - yang disertai kira-kira 200,000 yang turun membanjiri ibunegara bulan lalu bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis. Menurutnya, disebabkan perselisihan pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei, tidak adalah dilanjutkan.

"Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya," kata Tunku Abdul Aziz kepada Malaysiakini.
Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, beliau telah mencadangkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya parti itu melaksana "prosedur tatatertib yang sama terhadapnya, sepertimana yang dikenakan ke atas ahli-ahli yang lain", ekoran tindakannya itu.




Sunday, 13 May 2012

Ingatkan kuning hebat, rupanya merah lagi hebat!

Satu perhimpunan raksasa yang merupakan perhimpunan terbesar pernah dianjurkan oleh UMNO telah diadakan pada 11 Mei yang lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perhimpunan itu telah dihadiri oleh ahli UMNO seluruh negara yang memenuhi ruang stadium bagi menjaya perhimpunan maha UMNO itu. Dianggarkan 100 ribu orang hadir pada perhimpunan tersebut. Mereka memenuhi tempat duduk stadium, padang dan juga luar stadium.

Dato Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya yang penuh semangat menyeru rakyat bangkit mempertahankan UMNO. Katanya, UMNO sentiasa berubah tetapi matlamat dan asas perjuangan iaitu agama, bangsa dan negara tidak pernah berubah. Setiap kata-kata Presiden UMNO itu disambut dengan sorakan berpuluh ribu orang yang begitu membingitkan telinga.



Antara gambar perhimpunan :

Gelombang merah

Dah macam final bola sepak yang melibatkan pasukan Kelantan

Kontinjen Kelantan

Merah warna keberanian

Ruang padang juga penuh

Zed Zaidi antara artis yang hadir memberikan sokongan

Kedudukan hadirin dipecahkan kepada kontinjen dari negeri masing-masing

Bersih ada macam ni?



Meriah

Persembahan lagu 1 Malaysia oleh pelajar-pelajar Lim Kok Wing


Pandangan dari pentas

Syabas kepada UMNO kerana telah berjaya mengadakan satu perhimpunan aman dan tertib! Bersih sepatutnya belajar dengan UMNO bagaimana mahu mengadakan perhimpunan aman yang tidak akan menggangu orang awam, tidak menyebabkan kekecohan, tidak menyusahkan pihak polis dan tidak menakutkan pelabur dan pelancong.

GELOMBANG MERAH!

Monday, 7 May 2012

PKR kantoi lagi! Orang yang namanya sama dengan Pengerusi SPR tampil beri bukti identitinya yang sebenar!

Abd Aziz menunjukkan kad keahlian Umno yang disertainya 30 tahun lalu.


Abd Aziz menunjukkan kad keahlian Umno yang disertainya 30 tahun lalu.


'Saya sama nama Pengerusi SPR'

“Saya yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya, bukan seperti dakwaan dalam sebuah blog,” kata Abd Aziz Mohd Yusof, 53.

Pemandu di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu menganggotai Umno 30 tahun lalu dan memegang jawatan di cawangan berkenaan dua penggal dalam tempoh 10 tahun itu.

Abd Aziz yang sama nama dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tampil menafikan tuduhan­ di blog bahawa Pengerusi SPR itu memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya.

Beliau terkejut ia dijadikan isu oleh pembangkang, sedangkan ia tidak benar.

“Ini permainan biasa pembangkang yang cuba menjatuhkan imej Umno dan mengelirukan rakyat.

“Saya menasihatkan mereka (yang terlibat) hentikan fitnah ini,” katanya.

Anak kelahiran Pedas, Negeri Sembilan ini berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan sejak 1979.


- Sinar Harian


Jadi Inilah Abdul Aziz yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy. Namanya sama dengan Pengerusi SPR. Terbukti dakwaan pembangkang mengatakan Timbalan Pengerusi SPR dan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO merupakan fitnah semata-mata! Sebelum ini seorang peniaga bernama Wan Ahmad Wan Omar tampil memberikan bukti bahawa namanya sama dengan Timbalan Pengerusi SPR, dan pembangkang telah menggunakan identitinya untuk memfitnah Datuk Wan Ahmad. Bosan lah pembangkang ni, asyik kantoi je! Allah bersama pihak yang benar!

Wednesday, 2 May 2012

KHALID ISMATH SYIAH MENYATAKAN AGAR SEMUA POLIS DIBUNUH???

salams to al...


pertama sekali, kenai tak sapa dak syiah neh? 



yaaaa inilah dia Khalid Mohd Ismath, student law tahun kedua di UiTM Shah Alam yang berumur 22 tahun dan berasal daripada Kampung Raja Uda, Port Klang dimana dia memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

kenapa saya kata budak ini syiah? ini kerana beberapa perkara yang dia saya sendiri dapat lihat dari pengakuannya bahawa dia ialah syiah, ini sebagai contoh² yang boleh saya berikan...


dipetik daripada profile facebook dia sendiri dan ini link kepada profile facebook dia,


cuba anda lihat link di atas tu, jika anda klik, anda bole tengok di address bar tu bertulis 


dan ini satu lagi pengakuan ikhlas darinya...


dan ini beberapa gambar yang dikaitkan antara dia dan PAS 


maka persoalan disini ialah, adakah PAS itu memberikan ajaran syiah pada ahli mereka? sehingga tok guru sanggup keluarkan 'fatwa' wajib menyertai perhimpunan BERSIH tempoh hari tetapi tak boleh kita membuat perarakan maulidul rasul kerana alasannya bida'ah... adakah seruan Ambiga itu lebih mulia dan suci daripada Rasulullah S.A.W.??? astaghfirullah al azim... semoga ALLAH S.W.T. kembalikannya kepada jalan yang benar...

Walau bagaimana pun, saya bukan bertujuan mahu mengaibkan beliau. Tetapi sekadar menghebahkan kepada golongan yang berpegang teguh kepada Aqidah 'Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) yang cintakan Nabi SAW dan mendokong para Khulafa' al-Rasyidin seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khatab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, agar berwaspada dengan pemimpin mahasiswa berkenaan. 
Semoga ALLAH SWT memberi hidayah kepada saudara Khalid Mohd Ismath agar kembali kepada ajaran Nabi SAW yang sebenar-benarnya.
Oleh itu, kami berharap seluruh pimpinan PAS agar berhati-hati dengan golongan-golongan yang terpesong aqidahnya. Dan pimpinlah mereka ini agar kembali kepada Aqidah ASWJ yang tulen.

oklah, berbalik semula kepada tajuk berkaitan kenyataan dia terhadap polis tu, first of all, saya nak anda semua saksikan, bagaimana si syiah ni begitu bencikan polis sehingga sanggup dia labelkan polis sebagai anjing...


dipetik daripada blognya sendiri... lihatlah betapa hinanya polis dimata mereka... adakah ini yang diajar oleh Parti ISLAM??? Semalaysia? jikalau begitu, semakin jelaslah apa yang diajar oleh PAS sudah menjurus kearah perpecahan sesama agama dan bangsa... sama seperti ajaran puak syiah di mana² negara... so anda semua setuju bahawa PAS itu membawa fahaman syiah? anda baca, anda fikir, anda tentukan sendiri...

ini saya selitkan lagi daripada blog yang saya dapat sumber ini

http://harapan-esok.blogspot.com/2012/05/khalid-syiah-setuju-semua-anggota-pdrm.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

dan ini petikan kata² dia yang membawa unsur hasutan itu...



"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan"-Khalid Ismath


maka, marilah kita serahkan dia ke pihak yang berwajib... sesungguhnya itulah tanggungjawab kita pada negara yang aman dan tercinta ini... 

Monday, 30 April 2012

SIAPAKAH PEMUDA INI???


salam kepada semua :D 

fuhhhh da lama saya tak update ini blog, nak story pasai BERSIH, mmg tak kesudahan la nampaknya... tapi ini kali perkara yang paling panas sudah berlaku... pembongkaran demi pembongkaran dilakukan... nampaknya, ramai yang kenai siapa mamat yang tengah dok selak baju tu... teringat plak para bloggers dok kata 'aiskrim'.. agaknya ini la kot aiskrim yang disebutkan tu... anyway, kepada pembaca sekalian, anda baca, anda teliti, anda sendiri merumuskannya... saya cuma menyampaikan sahaja demi agama, bangsa dan tanah air (alif ba ta)

Tuesday, 24 April 2012

FATWA TERBARU FULARMAK PAS???

Hadir Bersih 3.0 wajib - Tuan Guru Nik Aziz 

Rizal Tahir, 
24 Apr 2012 
KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib. 

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah). 

Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam. 

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini. 

Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam. 

“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya. 

“Tentu saja UMNO dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi. 

Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan. 

Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain. 

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam. 

“Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam. 

“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya. 

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram. 

“Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi.


sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9794-hadir-bersih-30-wajib-tuan-guru-nik-aziz 




p/s: pelik bebenor teman dengan deme ni sume... huru harakan kawasan itu wajib??? nabi mana tah la yang diorang ikut neh??? agama mana la yang diorang ikut neh??? pelik betui tak penah lagi dengar bahawa demonstrasi yg bakal merugikan peniaga dan orang awam ni wajib hukumnya jika disertai??? sebab tu la deme aritu da katakan yang PAS itu sesat dan syiah... maka teman tak hairan la kenapa deme dok kata macam tu...

SIAPAKAH DISISI BELIAU???


kali ini saya amat tertarik dengan apa yang sedang dihebohkan daripada semalam lagi neh ha. cakkk kenai tak sapa kat tingkap kete tu? muhong la kalo kata itu ialah Chua Soi Lek atau Pak Lah... tapi ceritanya bukanlah nak tumpu kepada makhluk di hadapan tu, tapi di belakang tu ha... sapa la kat belakang tu? nak kata kak jijah, takkan la body kak jijah besar cenggitu kot??? tapi... bini angkat bang non?? merangkap kepada isteri azmin??? tak mustahil... gambar ini ditangkap pada 15 april 2012 pada waktu 20:29 iaitu pada 8.29 p.m.

maka, anda sendiri lihat, fikir, tentukan samada layakkah manusia begini menjadi pemimpin kita???