Satu perhimpunan raksasa yang merupakan perhimpunan terbesar pernah dianjurkan oleh UMNO telah diadakan pada 11 Mei yang lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perhimpunan itu telah dihadiri oleh ahli UMNO seluruh negara yang memenuhi ruang stadium bagi menjaya perhimpunan maha UMNO itu. Dianggarkan 100 ribu orang hadir pada perhimpunan tersebut. Mereka memenuhi tempat duduk stadium, padang dan juga luar stadium.
Dato Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya yang penuh semangat menyeru rakyat bangkit mempertahankan UMNO. Katanya, UMNO sentiasa berubah tetapi matlamat dan asas perjuangan iaitu agama, bangsa dan negara tidak pernah berubah. Setiap kata-kata Presiden UMNO itu disambut dengan sorakan berpuluh ribu orang yang begitu membingitkan telinga.
Antara gambar perhimpunan :
Gelombang merah
Dah macam final bola sepak yang melibatkan pasukan Kelantan
Kontinjen Kelantan
Merah warna keberanian
Ruang padang juga penuh
Zed Zaidi antara artis yang hadir memberikan sokongan
Kedudukan hadirin dipecahkan kepada kontinjen dari negeri masing-masing
Bersih ada macam ni?
Meriah
Persembahan lagu 1 Malaysia oleh pelajar-pelajar Lim Kok Wing
Pandangan dari pentas
Syabas kepada UMNO kerana telah berjaya mengadakan satu perhimpunan aman dan tertib! Bersih sepatutnya belajar dengan UMNO bagaimana mahu mengadakan perhimpunan aman yang tidak akan menggangu orang awam, tidak menyebabkan kekecohan, tidak menyusahkan pihak polis dan tidak menakutkan pelabur dan pelancong.
No comments:
Post a Comment