Monday 7 May 2012

PKR kantoi lagi! Orang yang namanya sama dengan Pengerusi SPR tampil beri bukti identitinya yang sebenar!

Abd Aziz menunjukkan kad keahlian Umno yang disertainya 30 tahun lalu.


Abd Aziz menunjukkan kad keahlian Umno yang disertainya 30 tahun lalu.


'Saya sama nama Pengerusi SPR'

“Saya yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya, bukan seperti dakwaan dalam sebuah blog,” kata Abd Aziz Mohd Yusof, 53.

Pemandu di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu menganggotai Umno 30 tahun lalu dan memegang jawatan di cawangan berkenaan dua penggal dalam tempoh 10 tahun itu.

Abd Aziz yang sama nama dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tampil menafikan tuduhan­ di blog bahawa Pengerusi SPR itu memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya.

Beliau terkejut ia dijadikan isu oleh pembangkang, sedangkan ia tidak benar.

“Ini permainan biasa pembangkang yang cuba menjatuhkan imej Umno dan mengelirukan rakyat.

“Saya menasihatkan mereka (yang terlibat) hentikan fitnah ini,” katanya.

Anak kelahiran Pedas, Negeri Sembilan ini berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan sejak 1979.


- Sinar Harian


Jadi Inilah Abdul Aziz yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy. Namanya sama dengan Pengerusi SPR. Terbukti dakwaan pembangkang mengatakan Timbalan Pengerusi SPR dan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO merupakan fitnah semata-mata! Sebelum ini seorang peniaga bernama Wan Ahmad Wan Omar tampil memberikan bukti bahawa namanya sama dengan Timbalan Pengerusi SPR, dan pembangkang telah menggunakan identitinya untuk memfitnah Datuk Wan Ahmad. Bosan lah pembangkang ni, asyik kantoi je! Allah bersama pihak yang benar!

No comments:

Post a Comment