Monday 14 May 2012

TUNKU AZIZ KELUAR DARIPADA DAP???

salam kepada semua pembaca, ini adalah berita apa yang baru saja saya dengar petang tadi...




Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti. Keputusannya itu yang diumumkan malam ini, adalah satu tamparan besar terhadap DAP ketika parti itu membuat persediaan untuk pilihan raya umum yang ramai meramalkan mungkin diadakan seawal bulan depan. Beliau bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sepertimana khabar angin yang menyebut beliau akan menyertai Umno.

Tunku Abdul Aziz sebelum ini tidak bersetuju dengan pendirian parti itu menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 - yang disertai kira-kira 200,000 yang turun membanjiri ibunegara bulan lalu bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis. Menurutnya, disebabkan perselisihan pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei, tidak adalah dilanjutkan.

"Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya," kata Tunku Abdul Aziz kepada Malaysiakini.
Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, beliau telah mencadangkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya parti itu melaksana "prosedur tatatertib yang sama terhadapnya, sepertimana yang dikenakan ke atas ahli-ahli yang lain", ekoran tindakannya itu.




No comments:

Post a Comment