Monday 23 April 2012

AL-FATIHAH KEPADA ADIK FATIHAH MINA



salams to semua pembaca blog...

baru pagi tadi saya dengar cita yg ada pelajar UPSI jatuh bangunan 3 tingkat kat bangunan E-Learning UPSI. memacam cerita saya dengar daripada mereka samada yang bertanggungjawab dan tak bertanggungjawab. ada yg kata dia bunuh diri (nauzubillah, wallahualam), ada yang kata dia ditekan perasaan, ada yang kata dia tak sedar diri (bukan diri sebenar) dan memacam lagi la story nya. walau bagaimana tanggapan pun, saya harap, usahlah kita fikirkan tentang perkara yang negatif. sesungguhnya jika kita memikirkan perkara yang positif, ion dan aura positif akan meliputi tubuh ktia dan akan menjadikan kita orang yang positif.


Fatihah Mina Bt Md Juferi
Semester 4
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Minor Bahasa Arab
PNGS 3.57

see? budak dekan lagi tu... mustahil dia tertekan sebab daripada soal siasat kengkawan dia, ada yang mengatakan bahawa perangai dia berubah dan sering meracau mende yang pelik². tak mungkin la orang yg tertekan mental bole jadi cenggini kot? 

oh ya, teringat satu kes yang berlaku di SMK Abu Bakar, Temerloh pada awal tahun 2011 dulu. kesnya macam ni juga la. ada student perempuan yang kena rasuk, dok menjerit meracau sambil toreh tangan dengan serpihan cermin tingkap dan nak terjun dari bangunan 2 tingkat. kes ni pun da masuk surat khabar taim tu. nasib la dia tak sempat terjun sebab brader bomba sempat laung azan dan pi angkat dia... 

ok berbalik kepada cerita yang asal, pada pendapat dan pandangan saya la, kes ini bole dikaitkan dengan entiti yang tak nampak oleh mata kasar. pendek cita kena rasuk la. tapi nak dibuktikan, memang susah la sebab mende² halus cenggini mana la nak dapat dibuktikan dengan mata kasar, rakaman atau barang di tempat kejadian. walau apa pun, kita yang masih ada disini, eloklah kita memantapkan lagi keimanan kita, ketakwaan kita, mohon kepada ALLAH S.W.T. agar melindungi kita daripada segala perkara yang tak elok daripada berlaku kat kita. akhir kata dari saya, semoga roh arwah aman dan tenteram disana...

p/s: kawan rapat dia yang ada di tempat kejadian pada masa tu cakap, dia sempat mengucap lafaz syahadah sebelum meninggal... syukur alhamdulillah... kepada keluarga mangsa, saya, En. S mengucapkan sekalung takziah kepada anda, semoga tabah dan kuatkan hati dengan pemergian adik Fatihah Mina ini... semoga ini dugaan daripadaNYA dan ada hikmah yang berlaku disebali kejadian ini...

No comments:

Post a Comment